Monday, 24 November 2014

Make sure you have WUDHU'


Sahabat Sejati Membawa ke Syurga.... :)
BUAT DIRIMU.. BIDADARI TERPELIHARA....
~sedikit coretan yang naif untuk santapan rohani kita bersama~
Farah membuka kain telukung lalu dimasukkan ke dalam beg setelah selesai melaksanakan solat asar berjemaah di Masjid Bukhari, Alor setar, Syiffa yang menemaninya pula sedang bersila disuatu sudut, sibuk membetulkn letak tudung labuh krimnya dihadapan cermin,
"Dah siap dah? Tanya Syiffa apabila terpandang refleksi Fara pada cermin yang sedang ditatapnya,
"Dah, tapi kau tunggu jap eh, Give me a few minutes, I will be back"
Syiffa menoleh melihat sahabatnya, hairan,
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak pergi ambil wudhu jap." Ringkas Farah balas sambil berjalan kearah pintu Masjid.
"Eh Fara! "
Belum sempat Syiffa meneruskan kata, Fara sudahpun berlari-lari anak keluar dari pintu Masjid lalu menuruni tangga.
"Manalah ada orang buat solat sunat lepas Asar, buat apalah dia ambil wudhu", Syiffa bercakap seorang diri lalu disarungkannya handsock dilengannya.
Selesai berwudhu, Fara kembali ke ruang solat Muslimat. kelihatan Syiffa sedang bersila di saf ketiga, menghadap kiblat sambil membaca sesuatu.
"Puan hajjah baca apa tu", Fara mencuit lembut pinggan Syiffa membuatkannya terlopong seketika.
"Oh mak hang balik haji!, Eii, kau ni Fara, Aku ni bukan Facebook untuk kau poke-poke bagai!, nak poke pun greeting lah dulu , bagi salam ke."
Ketawa.
"Mak siapa balik haji weh. Mak Kau yang pergi haji tahun ni." Balas Fara tersengih.
"Come on now, we gotta get going" sambung Fara. Fara bangun lalu dihulurkan tangannya kepada Syiffa yang masih bersila.,
"hold on, aku nak tanya kau sesuatu." Kata Syiffa.
"I'll answer later, letgo!"
"Aku takkan pergi selagi kau tak jawab soalan aku wahai ostajah!" Syiffa mengukir sengih cheeky, tidak dicapainya tangan Fara.
"Yes, your majesty, Benda apa yang takleh tunggu sangat ni?"
"Eh duduklah kejap."
"Demand betul lah future philosopher seorang ni.." Balas Fara lalu terus duduk bersimpuh disisi Syiffa. "Apa?"
"Aku nak tanya kau.." Mula Syiffa. "Apasal kau ambil wudhu eh tadi? kita kan baru Asar. solat sunat pula kan haram pada waktu sekarang ni, nak kata ibadat-ibadat lain, kita kan nak hurry pergi bus station shahab perdana sekarang, so, asal kau ambil wudhu?
"Itu je kau nak tanay?!" Fara menepuk dahinya dan memandang ke atas.
"I'm a future philosopher, not a second will pass without me being curious. cepatlah jawab.."
"Aku saje je testing pili air kat aloq setaq ni.."
"Langsung tak lawaklah Fawahhh.."
"Ok, sebab aku dah batal wudhu tadi.."
"Jadi kau nak spare untuk maghrib lah?"
"Eh taklah, aku nak spare untuk subuh esok hahaa., Ish kau ni, mestilah tak.."
"Habis tu.."
"Banyak tanya la kau ni Syiffosaurus.."
"Soalan aku yang pertama pun kau tak jawab lagi Faropotamustus!!.."
"Since when wudhu itu untuk solat saja? kan Rasulullah saw galakkan kita sentiasa dalam keadaan wudhu.."
"Oh ya!, Kau mengingatkan aku.."
"Besar hikmahnya berada dalam keadaan wudhu ni, kita lebih mudah untuk mendirikan solat sunat, lebih mudah untuk membaca dan memegang Al-Quran dan seterusnya lebih mudah untuk kita ingat Allah swt, Also realizing yang kita wudhu, kita akan lebih memelihara diri daripada melakukan dosa-dosa., kita juga akan sentiasa memelihara diri kita dan pakaian kita dari terkena najis.,"
"Pergaulan kita sesama yang bukan mahram pun terpelihara, Hatta, ikhtilat dapat dijauhkan, kita juga akan lebih berhatai-hati dalam memilih makanan kita sebab kalau kita makan benda yang haram pun boleh batal wudhu.." , Sambung Fara,
"I see, Tapi kan, isn't it quite hard for us Muslimah untuk sentiasa mempebaharui wudhu?.."
"Maksud kau?"
"I mean, kau tahulah, kita ni dengan handsocknya, dengan stokinnya, dengan tudungnya, anak tudungnya, sepupu cucu cicit tudung , pin tu, pin ni., Blergggh!!, susah lah geng.."
Fara tersenyum,
"Syiffa., biarlah kita susah didunia, jangan susah diakhirat kelak, kalau kita susah sikit didunia, InshaaAllah diAkhirat kelak kita akan senang, percalah.."
Syiffa tersenyum (Tersentuh)
"Sebenarnya kan, ada satu lagi sebab kenapa aku mahu sentiasa dalam wudhu.."
"Kenapa? "
Tanya Syiffa ke Fara..
"Mati.."
"Mati? wudhu? apa kaitan? yang aku tahu bila kita mati orang yang wudhukan kita.."
Syiffa bertanya hairan..
"Aku nak mati dalam keadaan wudhu., aku tak tahu waktu aku mati nanti, aku dah bersih dari dosa masih bercela sana sini, Tapi kalaupun aku mati kotor berdosa, Nauzubillah.., Atleast aku mati berwudhu., wudhu remainds me of death.."
"perfect!, I got your point now, Ok jom lah, dah lambat.." Syiffa bangun,
"Eh puteri Gunung Ledang, kau pulak yang kalut, Tadi kemain nak interview aku lah apa lah.."
Syiffa tak membalas, Langkahnya laju menuju ke pintu Masjid,
"Syiffaaaaargghhh!"
Jerit Fara saound kecik,
"Kau tolong bawa turun barang aku, aku tunggu kau kat bawah, aku nak ambil wudhu jap!, japgi kang lambat.." Balas Syiffa dari jauh,
Farah tersenyum, Alhamdulillah, Hatinya membisik..
* Alhamdulillah :') ,   , dah tau boleh amalkan, InshaaAllah 
P/s: Ambil wudhu tidak perlu banyak, tapi biarlah sempurna, ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik, yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.. :')

Thursday, 26 December 2013

...Ibrah daripada Sang Semut...

...Bismillahirohmanirohim...
Ingin berkongsi dengan kalian tentang kalamuAllah yg agung


Allah berfirman,
"Sehingga apabila mereka (Nabi Sulaiman dan tenteranya) sampai ke suatu lembah,
 permaisuri semut berkata kepada rakyatnya:
"Wahai kalian semut, masuklah ke dalam sarangmu, 
agar kamu tidak dipijak Sulaiman dan tenteranya,
 sedangkan mereka tidak mengetahui"
(Surah al-Naml, ayat 18)

Subhanallah...
Begitu hebat gaya penceritaan Al-Quran. Begitu hebat cara Allah bercerita sehingga cerita itu tidak dilihat sebagai cerita orang dahulu, tetapi masih berulang hingga sekarang, cuma pelakunya sahaja yg berbeza...

GAMBARAN SEORANG HERO...
Pemerintah hebat tidak digambarkan secara berlebihan kehebatan mereka di medan tempur membunuh musuh dan menundukkan lawan.. Namun, yang dipaparkan ialah akhlak dan sikapnya terhadap org bawahannya dan makhluk di sekelilingnya..

Bayangkan dlm sebuah pengembaraan filem mengenai seorang tokoh hebat, tiba2 pengarah filem tidak berminat dengan lagak2 ngeri di medan peperangan, ataupun agenda2 keajaiban yg berlaku ketika berlawan musuh..

Para penonton terkejut kerana filem yg disangka filen epik perangitu menonjolkan sisi2 luar jangkaan.. Masa begitu lam adifokuskan kpd hubungan sosial seorg ketua dgn tenteranya serta diplomasinya dgn org di sekelilingnya..

SEMUT PALING FASIH BERBAHASA...
Tahukah kita, mengapa Nabi Sulaiman sbg pemimpin serius dan hebat, rupa2nya pernah senyum dan ketawa dalam 1 kejadian??

Ada sebabnya apabila dlm surah al-Naml ayat 18 hingga 19, merakamkan babak Nabi Sulaiman tersenyum dan terketawa dgn perkataan permaisuri semut yg sangat fasih itu.

Menurut Dr Amru Khalid, 
ada 8 elemen kesusasteraan Arab 
dalam kenyataan permaisuri semut 
sehingga beliau menyatakan 
itulah semut paling fasih di dunia dalam berkata-kata..

4 TIP MEMBERI ARAHAN YG BERKESAN...
Jika kita mengkaji gaya bahasa dan pengarahan permaisuri semut untuk menyelamatkan diri mereka drpd dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman, kita akan mendapati bhw ada eleman penting dlm komunikasi yg bersifat pengarahan..

PUJUK RAYU
Perkataan "wahai sekalian semut" ialah suatu bentuk panggilan yg kebiasaanya dibuat berkali-kali untuk meraih perhatian. Jelas sekali,panggilan drpd permaisuri semut ini ialah arahan yg datang drpd hati "seorg ibu yg menyayangi anak2nya", bukan kerana posisi kekuasaannya...

ARAHAN TEGAS
Perkataan "masuklah ke dalam sarangmu" merujuk kpd ketegasan arahan yg menjadi mesej utama drpd perkataan permaisuri semut ini...

RASIONALISASI
Perkataan "agar kamu tidak dipijak Sulaiman dan tenteranya" merujuk kepada usaha merasionalkan arahan yg dikeluarkan oleh sang permaisuri. Hal ini supaya arahan itu diterima dgn baik oleh tentera semut yg pasti tertanya2 sebab perlu kembali ke sarang bukan pada waktu kebiasaan mereka...

TIMBULKAN SANGKA BAIK
Perkataan " sedangkan mereka tidak mengetahui" merujuk kepada usaha menimbulkan sangka baik semut2 kepada Nabi Sulaiman dan tenteranya. Andai kata mereka dipijak sekalipun, mereka bukan sengaja atau memang bertujuan untuk memusnahkan semut...


Tindakan permaisuri semut membuatkan tentera semut mengetahui bahawa Nabi Sulaiman ialah pemerintah yg adil dan suka memberi kebaikan kepada semua makhluk..

Mari kita aplikasikan 4 tip di atas  dalam kehidupan kits ketika memimpin org bawahan di sekeliling kita.. Percayalah, bukan 1 cara sahaja untuk memberikan arahan yg berkesan sehingga kerja yg diarahkan bukan sahaja dilakukan, bahkan disiapkan sebelum waktunya serta kualiti kerjanya jauh lebih baik drpd apa yg kita jangkakan...

IBRAH DARIPADA SEMUT...
Semut adalah makhluk paling tidak beerti sehingga dipijak-pijak oleh manusia, namun semut makhluk paling sistematik, memberi kerjasama dan bersinergi di atas muka bumi.

Menurut Dr 'Aid al-Qarni, 
semut juga makhluk yg paling layak mengajar manusia erti tidak berputus asa.. 

Cuba anda sekat perjalanan seekor semut yg sedang mengangkat sebutir gula yg jauh lebih besar drpd tubuhnya, adakah semut itu akan berundur atau berhenti dlm tempoh masa yg lama?? TIDAK!!! 
Semut itu akan mengambil laluan alternatif yg lain untuk menuju ke destinasi... Subhanallah!!

Lebih mengagumkan lagi, kumpulan semut bergerak dalam 1 barisan tanpa perlu memecut satu sama lain. Mereka menghormati posisi dan kedudukan masing2!! Subhanallah... Sungguh indah ciptaanMu..

Tazkirah:
Belajarlah drpd semut... kerana itulah sebabnya Nabi Sulaiman mengarahkan tenteranya berhenti seketika kerana di hadapan mereka ada wadi al-naml ( lembah semut)



Thursday, 12 December 2013

Tragedi yg menyayat sanubari.. Pondok Pak Ya...




11/12/13… Merupakan hari keramat bagi sesetengah org.. Ada yg bersanding.. Ada yg melahirkan khalifah di muka bumi ini.. Ada yg meraikan ulang tahun.. dan macam2 lagi…Bagiku.. tarikh ini.. menyedarkan aku dari terlena dek kenikmatan duniawi..
Selepas menonton berita di TV3.. ku terus pergi ke channel lain untuk tgk cerita menarik.. Namun tiada yg menarik perhatianku.. Memandangkan tiada cerita yg best.. Ku pergi menunaikan kewajibanku sebagai seorg Muslim.. Selepas itu.. Ku terus menghadap TV bersama keluargaku yg lain.. Tiba2 iklan yg mengisahkan ttg sesuatu menarik perhatianku… Ya Allah.. iklan itu mmg tepat pada waktu menyiarannya.. Kerna ia pun ditayangkan.. kisahnya.. PONDOK PAK YA.., 27 SYUHADA’.. sungguh syahdu mendengar tajuknya.. ceritanya belum lagi…
Kisahnya macam ni…
Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah di Padang Lumat, Kedah atau dikenali sebagai Pondok Pak Ya… Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1910-an oleh Tn. Hj Hussain Nasir atau lebih dikenali sebagai Tn. Hussain Kedah al-Banjari sebelum dikelola oleh Tuan Guru Hj Yahaya Junaid (Pak Ya Junid) dan dirasmikan pada tahun 1942.  
 Selama hampir satu abad berdiri megah menongkati perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi,siapa menyangka bahawa di sebalik namanya yang harum, ada satu tragedi ngeri yang sehingga kini diingat dan dikenang bukan sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah amnya.
Hehe.. tu baru pengenalannya saje.. Ni baru citernya..
Pada 22 September 1989.. sepuluh tahun sebelum kelahiran saya..hiihi
“Semua pelajar tak dibenarkan pulang memandangkan SPR (sekarang PMR) dah dekat hampir 2 minggu lagi..” begitulah kata2 drpd Tuan Haji..saya x ingat nama beliau.. walaupun hari tu, hari Khamis..waktu di mana pelajar harus pulang.. Namun mereka redha menerimanya..
Pada waktu malam.. semua pelajar aspuri berada di dalam musolla untuk menunaikan solat berjemaah.. selesai solat Isyak, mereka mendengar ceramah drpd seorg ustaz.. xsilap Ustaz Nazri namanya.. Ceramah tu habis kira2 dalam pkul 12 malam..Inilah kali pertama ceramah berakhir lewat.. Waktu tu, kakak senior berkata.. “Sesiapa yg hendak pulang ke asrama.. Bolehlah berbuat sedemikian.. Ataupun mahu menunggu di musolla.. Kerana kite ada qiamullail pada pukul 1 pagi..” Begitulah kehidupan mereka di sana… Subhanallah.. Ada yg tunggu di musolla.. tapi ada juga yg pulang ke asrama.. Katanya hendak study..SPR kan dah dekat.. Ada yg pulang untuk tidur seketika..
Kira2 dlm pukul 12 lebih.. Tuan Haji datang meronda2 di kawasan asrama.. Kelihatan asrama gelap gelita.. ini kerana.. Bekalan elektrik akan dipadam tepat pukul 11 malam.. memang menjadi rutin harian pelajar.. Namun.. dlm kegelapan.. Tuan Haji masih dpt melihat sinaran api.. iaitu lilin..yg dipasang oleh pelajar yg sedang study.. “Padamkan lilin itu sekarang..” jerkah Tuan Haji.. Secara automatik.. lilin pun terpadam.. Tapi x lama selepas Tuan Haji beredar.. mereka pun pasang balik.. Nak study kan.. Mereka pasang di palang besi di katil.. sbb x ada ruang yg hendak letak.. memandangkan.. sebuah bilik dikongsi dalam 40 org pelajar.. MasyaAllah.. ramainya…
Kira2 hampir pkul 1 pagi.. pelajar2 di musolla menjerit.. “API..API..”.. mereka lari menuju ke asrama.. menyelamatkan rakan mereka yg lain.. Ada yg pergi ke rumah Tuan Haji untuk memaklumkannya.. Tuan Haji datang tergesa2.. sampai di sana.. beliau x berkata apa2.. hanya melihat api marak membakar asrama puteri satu demi satu.. memandangkan.. waktu itu. Asrama hanya diperbuat drpd kayu… mmg cepatlah api nak sambar.. Sementara pelajar2 yg lain cuba mengejutkan rakan mereka yg lain..tanpa menghiraukan keselamatan mereka… Ada yg dah keluar.. masuk balik ke dalam untuk mengambil I/C mereka.. untuk menghadapi peperiksaan x lama lagi.. MasyaAllah… mereka masih memikirkan ttg peperiksaan.. Sayangnya mereka terhadap ilmu dan sahabat..
Tuan Haji ada melaungkan azan.. untuk meredakan api.. Kata beliau., “Api ini adalah daripada Iblis.., InsyaAllah dengan azan, api yg marak akan menjadi kecil”.. Subhanallah.. Setelah Tuan Haji melaungkan azan, api semakin kecil dan x semarak tadi.. Kira2 dlm pkul 2,3 pagi.. api dapat dipadamkan oleh bomba atas makluman pelajar yg bertindak pantas menelefon bomba..
Mereka yg terselamat telah dihimpunkan di musolla untuk mengenal pasti yg terselamat.. Namun, ada dalam 30 org yg tiada di musolla.. difahamkan mereka semua pulang ke asrama.. Pencarian mangsa diteruskan pada keesokan harinya… Dan bomba telah menemui 27 org mangsa kebakaran.. mereka itu.. telah hangus terbakar.. ada yg tinggal tulang.. kebanyakkan mereka x sempurna jasad.. Allahukhbar.. Dan pada pagi itu juga.. Tuan Haji mengkhabarkan berita sedih itu ke udara.. Ramai ibu bapa datang ke Pondok itu.. untuk melihat keadaan anak mereka.. ada yg mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.. ada yg meraung kesedihan.. dan ada juga jatuh sakit…
Untuk pengetahuan semua..
Sebelum mereka (27 syuhada’) ini pergi menuju Ilahi.. ada petanda mereka akan pergi buat selam2 nya.. sbgai contoh:
   Semasa dlm ceramah.. ada yg menanya bagaimana mahu mati syahid? Jawab ustaz: Mati syahid x semestinya ketika berperang.. tapi dalam perjuangan Allah pun kira mati syahid.. Contonya, ustaz? Ustaz jawab: Ketika menuntut ilmu pun.. di kira mati syahid jika Allah mengambil nyawanya.. Jawapan ustaz memberikannya.. 1 senyuman puas… Allahukhbar..
   Ada juga.. seorg pelajar junior yg bersalam dgn Kak Jah (mangsa yg terselamat).. berkata : “Maafkanlah jika saya melakukan apa2 kesilapan selama ini..kak Mungkin selepas ni, kita xkan berjumpa lagi..” sambil peluk dan cium di tangan, pipi dan dahi… Allahukhbar..
AL FATIHAH BUAT 27 SYUHADA’
*ceritaku di atas berdasarkan apa yg telah kulihat pada dukomentari.. maafkanlah jika ada yg tokok tambah.. byk lagi yg diceritakannya… x mampu untukku menulis semuanya.. untuk melihat telefilemnya.. akan ditayang pada 1 Januari 2014 di Astro Box Office…
Aku x mampu lagi menahan sebak.. air jernih pantas mengalir di pipiku.. MasyaAllah.. Mampukah aku menjadi seperti mereka.. Menjadi syuhada’ yg ramai mengimpikannya..?? Sesungguhnya.. aku juga mengimpikan syuhada’..

 Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa

 Suasana di tapak kebakaran


Beginilah keadaan di asrama puteri...


Pondok Pak Ya.. kini

Tuesday, 10 December 2013

..Nilai 20 sen..


Suatu petang, seorg pelajar tahfiz sdg menahan bas untuk menuju ke sebuah masjid.. Kebetulan bas yg ditahan itu, dipandu oleh seorg non-muslim..

pelajar : "Emm... tambang untuk ke Masjid As-Salam berapa ya?"
pemandu : "RM 1.80 je.."
pelajar : "Nah RM 2.00..."
pemandu : "Okey, ni bakinya.."
pelajar : "teriima kasih ya.."

pelajar itu tidak perasan baki wang yg dipulangkan pleh pemandu bas itu terlebih 20 sen..

pelajar : (monolog dlm hati)
eh, kejap..
40 sen.. tambang RM 1.80.. Aku bagi RM 2.. sepatutnya baki 20 sen jew...bukan 40 sen
Emm... 20 sen jew kot? Perlu ke aku pulangkan?
Ahh... tak payah pening2lah nak fikir.. syarikat bas ini pun dah kaya.. tak luaknya kalau setakat 20 sen..

sepanjang perjalanan,, pelajar itu jauh berfikir.. sehinggalah tiba di destinasi.. Kringggg!!

pemandu : "Terima kasih.. Sila berhati2 dlm perjalanan anda.."
pelajar : "Baiklah.. sama2.. terima kasih.."

pelajar itu turun dri bas.. tiba2 dia berpaling..

Pelajar : "Maaf.. Saya sebenarnya nk pulangkan baki tambang tadi sebanyak 20 sen.. Tuan terlabih sewaktu memulangkan bakinya tadi.. Nah.."

Pemandu : "Oh ye kew? terima kasih.. Tapi, itu kan 20 sen jew.. kecik sangat nilainya.. Biasanya org x kn pulangkannya.."

Pelajar : "Emm... betul tu.. nilai 20 sen tu nmpak kecil.. tetapi, sangat besar bagi seorg muslim seperti saya.. Jadi, saya perlu berlaku jujur.. 20 sen ini bukan milik saya.. Saya x boleh mengambilnya... Saya perlu kembalikan kpd mereka yg berhak.."

Pemandu : "Hahaha! Saya dah cuba kpd ramai org.. kamulah satu2 nya org yg sudi memulangkannya.. Maaf.. sebanarnya saya sengaja menguji kamu.. Kamu telah membuka mata saya bahawa ISLAM benar2 sebuah agama yg melahirkan insan yg jujur dan ikhlas... Terima kasih... sebelum ni saya dah lama berdetik untuk memeluk ISLAM... Cuma saya belum nampak apa yg indahnya dlm ISLAM... tapi hari ni, hati saya benar2 melonjak untuk mendalami lagi keindahan yg ada dalam agama ISLAM.."

Pelajar : "Astaghfirullah!!! Ya ALLAH... aku hampir2 menggadaikan agama dan imanku hanya kerana 20 sen! Tapi, tak disangka2 perbuatanku yg sebaliknya itu menjadi asbab hidayah kpd org lain.. Ampunkan aku.., ya Allah!! Redhailah kami dalam mendukung agama-Mu.. Bantulah kami menyebarkan agama-Mu ini.. Aminn.." (berdoa sambil menangis)

p/s : semoga kalian mengambil intabih dalam kisah di atas... Bandingkanlah diri kita yg naif ini dgn pelajar tadi.. BAgaimana??
tepuk dada.. tanya iman.. assalamualaikum.. 

Wednesday, 27 November 2013

"Jibrail pun menangis.. Kita bagaimana..?"

Untuk renungan bersama... Bacalah sehingga habis.. Semoga mandapat syafaat bersama...

Diriwayatkan drpd Sayidina Umar al-Khattab bahawa Jibrail telah datang berjumpa Rasulullah bukan pada waktu ia datang. Rasulullah menghampiri Jibrail lalu berkata : "Hai Jibrail, mengapa wajahmu berubah?"

Jawab Jibrail :
"Aku diperintahkan datang untuk menerangkan semburan api neraka."

Rasulullah berkata :
"Terangkan kepadaku tentang keadaan neraka dan jahannam."

Jawab Jibrail :
"Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam..."

Jibrail menyambung lagi,
"Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana kepanasannya.

Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang daripada penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk.

Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali."

Rasulullah berkata :
"nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini."

Rasulullah melihat Jibrail menangis dan Baginda turut menangis sambil berkata :
"Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah."

Jawab Jibrail :
"Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti Iblis, sedangkan Iblis itu adalah golongan malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut."

Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi :
"Wahai Jibrail, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka."
(Riwayat al-Baihaqi)

# niatku bukan mahu kamu penat membaca.. tapi yang lebih penting.. kamu mengambil ibroh drpdnya... 
mampukah kita untuk mandapat syurga sebagaimana yg diimpikan...
Renung2kanlah... Muhasabah diri yg byk melakukan dosa...
Nauzubillah...
 — berasa blessed.

Sunday, 24 November 2013

Antara Angkuhanmu Dengan Si Kelip-kelip

Assalamualaikum...
Kali ni nok kongsi pasal hidupan alam dengan hidupan manusia...
Biarlah orang anggap ia perkara yg remeh.. tapi bagiku.. ia cukup bermakna.. sebab??
alam ciptaan Allahlah yg mampu membuat jiwaku yg resah dilubungi dgn masalah menjadi tenang..
Kamu bagaimana??

Dengarlah sedikit puisi yg mampu ku tulis...
 x la sedap mane.. puisi drpd insan biasa :)

Cahayanya
sang kelip-kelip  
kadang terang kadang malap
terbang dalam kegelapan malam
memikat..,
indah Ciptaan Allah
dan setiap mata
mengekori nur itu..
sungguh terpesona
kehadirannya menggamit serangkap tasbih...
SUBHANALLAH....

Kau kata apalah adanya
kelip-kelip cuma cahaya kecil
selintas pandang tiada kekal
terbang, lalu membawa diri...

Kau kata apalah adanya
kelip-kelip cuma cahaya kecil
manusia punya lampu.. pelita
menerangi sepanjang masa
tak setanding si kecil cahaya itu...

Begitu sekali 
angkuhmu pada si kecil ciptaan Ilahi
ketahui:
satu, memang indah dan kecil
namun tatkal dikumpul semua
pasti terang buana sekalian kalinya..
ketahui:
antara angkuhanmu dengan kelip-kelip-Nya
jaga-jaga bicaramu
jangan sampai nanti
di depan Tuhan.. kau melutut
mohon agar diberi sang kelip-kelip
kerana hatimu
sudah terbakar padam
dalam sepi manusiawi
yang bukat dan kelam
tanpa segaris pun cahaya-Nya...

( Ya Allah.., Ampunilah hamba-Mu ini yang kadang angkuh dan sombong dalam gerak geri tanpa disedari )

#SekadarRenunganBersama#
*SyerahSyahirah :)







Thursday, 21 November 2013

...Tangisan Iman Membawa Aman...

"Sekarang ni.. jarang kite dpt tengok muslim menangis kerana Allah.. Kalu ade pun.. 1 dalam 1000... susah nak jumpa org mcm tu... 
   Sebab skrg ni.. ramai ygsedang ketawa gembira dgn nikmat dunia.. sdgkan mereka x sedar bhwa nikmat di dunia hanyalah sementara.. Adakah kita salah seorang drpd
mereka...??"
"Tepuk dada., tanya Iman..."

Dengarlah sahabat-sabahat sekalian...

"Orang Mukmin akan byk menangis berbanding ketawa.. namun itu bukan beerti mereka menjalani hidup ini dengan muram, bungkam dan berputus asa.. Sebaliknya, tangisan mereka itulah obor yang menyalakan semangat untuk berbakti kepada ALLAH dan berkhidmat untuk manusia... Air mata itulah yang memadamkan rasa marah, hasad, dan kianat yang berpunca drpd sifat rakus kepada dunia...

Dengan menangis di dunia, org mukmin akan ketawa di akhirat.. Di sanalah tempat hati dan jasad berehat.. Di destinasi terakhir itu.. tidak akan ada lagi tangisan.. Semuanya ketawa ria.. Dan itulah ketawa terbaik!! 

Kata bijak pandai..
" One who laugh last, laugh the best...."

Dunia tempat berduka.., akhirat tempat bersuka..
Berduka kerana rindukan Allah... Bersuka kerana nanti dapat bertemu dengan Allah

Air mata iman akan menyuburkan kehidupan dunia yg penuh dengan ujian... Merawat kecewa.. Membasuh luka.. Penghilang letih.. dan Penghindar pedih dalam perjuangan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang sejati...

Itulah tangisan iman... tangisan yang membawa aman... Carilah air mata itu.. Carilah hati yang mampu menangis.. Jika tidak.., menangislah kerana diri sudah tidak mampu menangis...."