Monday, 24 November 2014

Make sure you have WUDHU'


Sahabat Sejati Membawa ke Syurga.... :)
BUAT DIRIMU.. BIDADARI TERPELIHARA....
~sedikit coretan yang naif untuk santapan rohani kita bersama~
Farah membuka kain telukung lalu dimasukkan ke dalam beg setelah selesai melaksanakan solat asar berjemaah di Masjid Bukhari, Alor setar, Syiffa yang menemaninya pula sedang bersila disuatu sudut, sibuk membetulkn letak tudung labuh krimnya dihadapan cermin,
"Dah siap dah? Tanya Syiffa apabila terpandang refleksi Fara pada cermin yang sedang ditatapnya,
"Dah, tapi kau tunggu jap eh, Give me a few minutes, I will be back"
Syiffa menoleh melihat sahabatnya, hairan,
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak pergi ambil wudhu jap." Ringkas Farah balas sambil berjalan kearah pintu Masjid.
"Eh Fara! "
Belum sempat Syiffa meneruskan kata, Fara sudahpun berlari-lari anak keluar dari pintu Masjid lalu menuruni tangga.
"Manalah ada orang buat solat sunat lepas Asar, buat apalah dia ambil wudhu", Syiffa bercakap seorang diri lalu disarungkannya handsock dilengannya.
Selesai berwudhu, Fara kembali ke ruang solat Muslimat. kelihatan Syiffa sedang bersila di saf ketiga, menghadap kiblat sambil membaca sesuatu.
"Puan hajjah baca apa tu", Fara mencuit lembut pinggan Syiffa membuatkannya terlopong seketika.
"Oh mak hang balik haji!, Eii, kau ni Fara, Aku ni bukan Facebook untuk kau poke-poke bagai!, nak poke pun greeting lah dulu , bagi salam ke."
Ketawa.
"Mak siapa balik haji weh. Mak Kau yang pergi haji tahun ni." Balas Fara tersengih.
"Come on now, we gotta get going" sambung Fara. Fara bangun lalu dihulurkan tangannya kepada Syiffa yang masih bersila.,
"hold on, aku nak tanya kau sesuatu." Kata Syiffa.
"I'll answer later, letgo!"
"Aku takkan pergi selagi kau tak jawab soalan aku wahai ostajah!" Syiffa mengukir sengih cheeky, tidak dicapainya tangan Fara.
"Yes, your majesty, Benda apa yang takleh tunggu sangat ni?"
"Eh duduklah kejap."
"Demand betul lah future philosopher seorang ni.." Balas Fara lalu terus duduk bersimpuh disisi Syiffa. "Apa?"
"Aku nak tanya kau.." Mula Syiffa. "Apasal kau ambil wudhu eh tadi? kita kan baru Asar. solat sunat pula kan haram pada waktu sekarang ni, nak kata ibadat-ibadat lain, kita kan nak hurry pergi bus station shahab perdana sekarang, so, asal kau ambil wudhu?
"Itu je kau nak tanay?!" Fara menepuk dahinya dan memandang ke atas.
"I'm a future philosopher, not a second will pass without me being curious. cepatlah jawab.."
"Aku saje je testing pili air kat aloq setaq ni.."
"Langsung tak lawaklah Fawahhh.."
"Ok, sebab aku dah batal wudhu tadi.."
"Jadi kau nak spare untuk maghrib lah?"
"Eh taklah, aku nak spare untuk subuh esok hahaa., Ish kau ni, mestilah tak.."
"Habis tu.."
"Banyak tanya la kau ni Syiffosaurus.."
"Soalan aku yang pertama pun kau tak jawab lagi Faropotamustus!!.."
"Since when wudhu itu untuk solat saja? kan Rasulullah saw galakkan kita sentiasa dalam keadaan wudhu.."
"Oh ya!, Kau mengingatkan aku.."
"Besar hikmahnya berada dalam keadaan wudhu ni, kita lebih mudah untuk mendirikan solat sunat, lebih mudah untuk membaca dan memegang Al-Quran dan seterusnya lebih mudah untuk kita ingat Allah swt, Also realizing yang kita wudhu, kita akan lebih memelihara diri daripada melakukan dosa-dosa., kita juga akan sentiasa memelihara diri kita dan pakaian kita dari terkena najis.,"
"Pergaulan kita sesama yang bukan mahram pun terpelihara, Hatta, ikhtilat dapat dijauhkan, kita juga akan lebih berhatai-hati dalam memilih makanan kita sebab kalau kita makan benda yang haram pun boleh batal wudhu.." , Sambung Fara,
"I see, Tapi kan, isn't it quite hard for us Muslimah untuk sentiasa mempebaharui wudhu?.."
"Maksud kau?"
"I mean, kau tahulah, kita ni dengan handsocknya, dengan stokinnya, dengan tudungnya, anak tudungnya, sepupu cucu cicit tudung , pin tu, pin ni., Blergggh!!, susah lah geng.."
Fara tersenyum,
"Syiffa., biarlah kita susah didunia, jangan susah diakhirat kelak, kalau kita susah sikit didunia, InshaaAllah diAkhirat kelak kita akan senang, percalah.."
Syiffa tersenyum (Tersentuh)
"Sebenarnya kan, ada satu lagi sebab kenapa aku mahu sentiasa dalam wudhu.."
"Kenapa? "
Tanya Syiffa ke Fara..
"Mati.."
"Mati? wudhu? apa kaitan? yang aku tahu bila kita mati orang yang wudhukan kita.."
Syiffa bertanya hairan..
"Aku nak mati dalam keadaan wudhu., aku tak tahu waktu aku mati nanti, aku dah bersih dari dosa masih bercela sana sini, Tapi kalaupun aku mati kotor berdosa, Nauzubillah.., Atleast aku mati berwudhu., wudhu remainds me of death.."
"perfect!, I got your point now, Ok jom lah, dah lambat.." Syiffa bangun,
"Eh puteri Gunung Ledang, kau pulak yang kalut, Tadi kemain nak interview aku lah apa lah.."
Syiffa tak membalas, Langkahnya laju menuju ke pintu Masjid,
"Syiffaaaaargghhh!"
Jerit Fara saound kecik,
"Kau tolong bawa turun barang aku, aku tunggu kau kat bawah, aku nak ambil wudhu jap!, japgi kang lambat.." Balas Syiffa dari jauh,
Farah tersenyum, Alhamdulillah, Hatinya membisik..
* Alhamdulillah :') ,   , dah tau boleh amalkan, InshaaAllah 
P/s: Ambil wudhu tidak perlu banyak, tapi biarlah sempurna, ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik, yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.. :')

No comments:

Post a Comment