Wednesday, 27 November 2013

"Jibrail pun menangis.. Kita bagaimana..?"

Untuk renungan bersama... Bacalah sehingga habis.. Semoga mandapat syafaat bersama...

Diriwayatkan drpd Sayidina Umar al-Khattab bahawa Jibrail telah datang berjumpa Rasulullah bukan pada waktu ia datang. Rasulullah menghampiri Jibrail lalu berkata : "Hai Jibrail, mengapa wajahmu berubah?"

Jawab Jibrail :
"Aku diperintahkan datang untuk menerangkan semburan api neraka."

Rasulullah berkata :
"Terangkan kepadaku tentang keadaan neraka dan jahannam."

Jawab Jibrail :
"Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam..."

Jibrail menyambung lagi,
"Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana kepanasannya.

Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang daripada penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk.

Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali."

Rasulullah berkata :
"nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini."

Rasulullah melihat Jibrail menangis dan Baginda turut menangis sambil berkata :
"Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah."

Jawab Jibrail :
"Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti Iblis, sedangkan Iblis itu adalah golongan malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut."

Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi :
"Wahai Jibrail, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka."
(Riwayat al-Baihaqi)

# niatku bukan mahu kamu penat membaca.. tapi yang lebih penting.. kamu mengambil ibroh drpdnya... 
mampukah kita untuk mandapat syurga sebagaimana yg diimpikan...
Renung2kanlah... Muhasabah diri yg byk melakukan dosa...
Nauzubillah...
 — berasa blessed.

No comments:

Post a Comment