Selepas menonton berita di TV3.. ku
terus pergi ke channel lain untuk tgk cerita menarik.. Namun tiada yg menarik
perhatianku.. Memandangkan tiada cerita yg best.. Ku pergi menunaikan
kewajibanku sebagai seorg Muslim.. Selepas itu.. Ku terus menghadap TV bersama
keluargaku yg lain.. Tiba2 iklan yg mengisahkan ttg sesuatu menarik
perhatianku… Ya Allah.. iklan itu mmg tepat pada waktu menyiarannya.. Kerna ia
pun ditayangkan.. kisahnya.. PONDOK PAK YA.., 27 SYUHADA’.. sungguh syahdu mendengar tajuknya..
ceritanya belum lagi…
Kisahnya macam ni…
Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah di Padang
Lumat, Kedah atau dikenali sebagai Pondok Pak Ya… Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1910-an oleh Tn. Hj Hussain
Nasir atau lebih dikenali sebagai Tn. Hussain Kedah
al-Banjari sebelum dikelola oleh Tuan Guru Hj
Yahaya Junaid (Pak Ya Junid) dan dirasmikan pada tahun 1942.
Selama hampir satu abad berdiri megah
menongkati perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi,siapa
menyangka bahawa di sebalik namanya yang harum, ada satu tragedi ngeri yang
sehingga kini diingat dan dikenang bukan sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar
Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah amnya.
Hehe.. tu baru
pengenalannya saje.. Ni baru citernya..
Pada 22 September 1989.. sepuluh tahun sebelum
kelahiran saya..hiihi
“Semua pelajar tak dibenarkan pulang
memandangkan SPR (sekarang PMR) dah dekat hampir 2 minggu lagi..” begitulah
kata2 drpd Tuan Haji..saya x ingat nama beliau.. walaupun hari tu, hari Khamis..waktu di mana pelajar harus
pulang.. Namun mereka redha menerimanya..
Pada waktu malam.. semua pelajar aspuri
berada di dalam musolla untuk menunaikan solat berjemaah.. selesai solat Isyak,
mereka mendengar ceramah drpd seorg ustaz.. xsilap Ustaz Nazri namanya..
Ceramah tu habis kira2 dalam pkul 12 malam..Inilah kali pertama ceramah
berakhir lewat.. Waktu tu, kakak senior berkata.. “Sesiapa yg hendak pulang ke
asrama.. Bolehlah berbuat sedemikian.. Ataupun mahu menunggu di musolla..
Kerana kite ada qiamullail pada pukul 1 pagi..” Begitulah kehidupan mereka di
sana… Subhanallah.. Ada yg tunggu di musolla.. tapi ada juga yg pulang ke
asrama.. Katanya hendak study..SPR kan dah dekat.. Ada yg pulang untuk tidur
seketika..
Kira2 dlm pukul 12 lebih.. Tuan Haji
datang meronda2 di kawasan asrama.. Kelihatan asrama gelap gelita.. ini
kerana.. Bekalan elektrik akan dipadam tepat pukul 11 malam.. memang menjadi rutin
harian pelajar.. Namun.. dlm kegelapan.. Tuan Haji masih dpt melihat sinaran
api.. iaitu lilin..yg dipasang oleh pelajar yg sedang study.. “Padamkan lilin
itu sekarang..” jerkah Tuan Haji.. Secara automatik.. lilin pun terpadam.. Tapi
x lama selepas Tuan Haji beredar.. mereka pun pasang balik.. Nak study kan..
Mereka pasang di palang besi di katil.. sbb x ada ruang yg hendak letak..
memandangkan.. sebuah bilik dikongsi dalam 40 org pelajar.. MasyaAllah..
ramainya…
Kira2 hampir pkul 1 pagi.. pelajar2 di musolla
menjerit.. “API..API..”.. mereka lari menuju ke asrama.. menyelamatkan rakan
mereka yg lain.. Ada yg pergi ke rumah Tuan Haji untuk memaklumkannya.. Tuan
Haji datang tergesa2.. sampai di sana.. beliau x berkata apa2.. hanya melihat
api marak membakar asrama puteri satu demi satu.. memandangkan.. waktu itu.
Asrama hanya diperbuat drpd kayu… mmg cepatlah api nak sambar.. Sementara
pelajar2 yg lain cuba mengejutkan rakan mereka yg lain..tanpa menghiraukan
keselamatan mereka… Ada yg dah keluar.. masuk balik ke dalam untuk mengambil
I/C mereka.. untuk menghadapi peperiksaan x lama lagi.. MasyaAllah… mereka
masih memikirkan ttg peperiksaan.. Sayangnya mereka terhadap ilmu dan sahabat..
Tuan Haji ada melaungkan azan.. untuk
meredakan api.. Kata beliau., “Api ini adalah daripada Iblis.., InsyaAllah
dengan azan, api yg marak akan menjadi kecil”.. Subhanallah.. Setelah Tuan Haji
melaungkan azan, api semakin kecil dan x semarak tadi.. Kira2 dlm pkul 2,3
pagi.. api dapat dipadamkan oleh bomba atas makluman pelajar yg bertindak
pantas menelefon bomba..
Mereka yg terselamat telah dihimpunkan
di musolla untuk mengenal pasti yg terselamat.. Namun, ada dalam 30 org yg
tiada di musolla.. difahamkan mereka semua pulang ke asrama.. Pencarian mangsa
diteruskan pada keesokan harinya… Dan bomba telah menemui 27 org mangsa
kebakaran.. mereka itu.. telah hangus terbakar.. ada yg tinggal tulang..
kebanyakkan mereka x sempurna jasad.. Allahukhbar.. Dan pada pagi itu juga..
Tuan Haji mengkhabarkan berita sedih itu ke udara.. Ramai ibu bapa datang ke
Pondok itu.. untuk melihat keadaan anak mereka.. ada yg mengucapkan syukur ke
hadrat Ilahi.. ada yg meraung kesedihan.. dan ada juga jatuh sakit…
Untuk pengetahuan semua..
Sebelum mereka (27 syuhada’) ini pergi
menuju Ilahi.. ada petanda mereka akan pergi buat selam2 nya.. sbgai contoh:
Semasa dlm ceramah.. ada yg menanya bagaimana mahu mati syahid? Jawab
ustaz: Mati syahid x semestinya ketika berperang.. tapi dalam perjuangan Allah
pun kira mati syahid.. Contonya, ustaz? Ustaz jawab: Ketika menuntut ilmu pun..
di kira mati syahid jika Allah mengambil nyawanya.. Jawapan ustaz
memberikannya.. 1 senyuman puas… Allahukhbar..
Ada juga.. seorg pelajar junior yg bersalam dgn Kak Jah (mangsa yg
terselamat).. berkata : “Maafkanlah jika saya melakukan apa2 kesilapan selama
ini..kak Mungkin selepas ni, kita xkan berjumpa lagi..” sambil peluk dan cium
di tangan, pipi dan dahi… Allahukhbar..
AL FATIHAH BUAT 27 SYUHADA’
*ceritaku di atas berdasarkan apa yg
telah kulihat pada dukomentari.. maafkanlah jika ada yg tokok tambah.. byk lagi
yg diceritakannya… x mampu untukku menulis semuanya.. untuk melihat
telefilemnya.. akan ditayang pada 1 Januari 2014 di Astro Box Office…
Aku x mampu lagi menahan sebak.. air
jernih pantas mengalir di pipiku.. MasyaAllah.. Mampukah aku menjadi seperti
mereka.. Menjadi syuhada’ yg ramai mengimpikannya..?? Sesungguhnya.. aku juga
mengimpikan syuhada’..
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa
Suasana di tapak kebakaran
SRP bukan SPR....pembentulan hehehe :)
ReplyDeletepembetulan bukan pembentulan hehehe
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDeletesgt tersentuh..baru saje menonton td di chanel astro 135..Allahuakbar
ReplyDeletesgt tersentuh..baru saje menonton td di chanel astro 135..Allahuakbar
ReplyDeleteMaaf , saya nk mintk sesuatu sahaja , tolong blurkn aurat bgi kaum puteri , yg ada dlm gambar "beginilah keadaan di asrama puteri " . bkn apa , takut2 , klau kaum putera terlihat aurat mereka , menyebbkn , mereka dihalang utk masuk ke syurga . Allahua'lam , :)
ReplyDelete2 hanya gambar2 pelakon dari filem pondok pak ya sahaja.bukan para 27 syuhada yg terkorban tersebut.
Delete