Thursday, 26 December 2013

...Ibrah daripada Sang Semut...

...Bismillahirohmanirohim...
Ingin berkongsi dengan kalian tentang kalamuAllah yg agung


Allah berfirman,
"Sehingga apabila mereka (Nabi Sulaiman dan tenteranya) sampai ke suatu lembah,
 permaisuri semut berkata kepada rakyatnya:
"Wahai kalian semut, masuklah ke dalam sarangmu, 
agar kamu tidak dipijak Sulaiman dan tenteranya,
 sedangkan mereka tidak mengetahui"
(Surah al-Naml, ayat 18)

Subhanallah...
Begitu hebat gaya penceritaan Al-Quran. Begitu hebat cara Allah bercerita sehingga cerita itu tidak dilihat sebagai cerita orang dahulu, tetapi masih berulang hingga sekarang, cuma pelakunya sahaja yg berbeza...

GAMBARAN SEORANG HERO...
Pemerintah hebat tidak digambarkan secara berlebihan kehebatan mereka di medan tempur membunuh musuh dan menundukkan lawan.. Namun, yang dipaparkan ialah akhlak dan sikapnya terhadap org bawahannya dan makhluk di sekelilingnya..

Bayangkan dlm sebuah pengembaraan filem mengenai seorang tokoh hebat, tiba2 pengarah filem tidak berminat dengan lagak2 ngeri di medan peperangan, ataupun agenda2 keajaiban yg berlaku ketika berlawan musuh..

Para penonton terkejut kerana filem yg disangka filen epik perangitu menonjolkan sisi2 luar jangkaan.. Masa begitu lam adifokuskan kpd hubungan sosial seorg ketua dgn tenteranya serta diplomasinya dgn org di sekelilingnya..

SEMUT PALING FASIH BERBAHASA...
Tahukah kita, mengapa Nabi Sulaiman sbg pemimpin serius dan hebat, rupa2nya pernah senyum dan ketawa dalam 1 kejadian??

Ada sebabnya apabila dlm surah al-Naml ayat 18 hingga 19, merakamkan babak Nabi Sulaiman tersenyum dan terketawa dgn perkataan permaisuri semut yg sangat fasih itu.

Menurut Dr Amru Khalid, 
ada 8 elemen kesusasteraan Arab 
dalam kenyataan permaisuri semut 
sehingga beliau menyatakan 
itulah semut paling fasih di dunia dalam berkata-kata..

4 TIP MEMBERI ARAHAN YG BERKESAN...
Jika kita mengkaji gaya bahasa dan pengarahan permaisuri semut untuk menyelamatkan diri mereka drpd dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman, kita akan mendapati bhw ada eleman penting dlm komunikasi yg bersifat pengarahan..

PUJUK RAYU
Perkataan "wahai sekalian semut" ialah suatu bentuk panggilan yg kebiasaanya dibuat berkali-kali untuk meraih perhatian. Jelas sekali,panggilan drpd permaisuri semut ini ialah arahan yg datang drpd hati "seorg ibu yg menyayangi anak2nya", bukan kerana posisi kekuasaannya...

ARAHAN TEGAS
Perkataan "masuklah ke dalam sarangmu" merujuk kpd ketegasan arahan yg menjadi mesej utama drpd perkataan permaisuri semut ini...

RASIONALISASI
Perkataan "agar kamu tidak dipijak Sulaiman dan tenteranya" merujuk kepada usaha merasionalkan arahan yg dikeluarkan oleh sang permaisuri. Hal ini supaya arahan itu diterima dgn baik oleh tentera semut yg pasti tertanya2 sebab perlu kembali ke sarang bukan pada waktu kebiasaan mereka...

TIMBULKAN SANGKA BAIK
Perkataan " sedangkan mereka tidak mengetahui" merujuk kepada usaha menimbulkan sangka baik semut2 kepada Nabi Sulaiman dan tenteranya. Andai kata mereka dipijak sekalipun, mereka bukan sengaja atau memang bertujuan untuk memusnahkan semut...


Tindakan permaisuri semut membuatkan tentera semut mengetahui bahawa Nabi Sulaiman ialah pemerintah yg adil dan suka memberi kebaikan kepada semua makhluk..

Mari kita aplikasikan 4 tip di atas  dalam kehidupan kits ketika memimpin org bawahan di sekeliling kita.. Percayalah, bukan 1 cara sahaja untuk memberikan arahan yg berkesan sehingga kerja yg diarahkan bukan sahaja dilakukan, bahkan disiapkan sebelum waktunya serta kualiti kerjanya jauh lebih baik drpd apa yg kita jangkakan...

IBRAH DARIPADA SEMUT...
Semut adalah makhluk paling tidak beerti sehingga dipijak-pijak oleh manusia, namun semut makhluk paling sistematik, memberi kerjasama dan bersinergi di atas muka bumi.

Menurut Dr 'Aid al-Qarni, 
semut juga makhluk yg paling layak mengajar manusia erti tidak berputus asa.. 

Cuba anda sekat perjalanan seekor semut yg sedang mengangkat sebutir gula yg jauh lebih besar drpd tubuhnya, adakah semut itu akan berundur atau berhenti dlm tempoh masa yg lama?? TIDAK!!! 
Semut itu akan mengambil laluan alternatif yg lain untuk menuju ke destinasi... Subhanallah!!

Lebih mengagumkan lagi, kumpulan semut bergerak dalam 1 barisan tanpa perlu memecut satu sama lain. Mereka menghormati posisi dan kedudukan masing2!! Subhanallah... Sungguh indah ciptaanMu..

Tazkirah:
Belajarlah drpd semut... kerana itulah sebabnya Nabi Sulaiman mengarahkan tenteranya berhenti seketika kerana di hadapan mereka ada wadi al-naml ( lembah semut)



No comments:

Post a Comment