Thursday, 21 November 2013

...Tangisan Iman Membawa Aman...

"Sekarang ni.. jarang kite dpt tengok muslim menangis kerana Allah.. Kalu ade pun.. 1 dalam 1000... susah nak jumpa org mcm tu... 
   Sebab skrg ni.. ramai ygsedang ketawa gembira dgn nikmat dunia.. sdgkan mereka x sedar bhwa nikmat di dunia hanyalah sementara.. Adakah kita salah seorang drpd
mereka...??"
"Tepuk dada., tanya Iman..."

Dengarlah sahabat-sabahat sekalian...

"Orang Mukmin akan byk menangis berbanding ketawa.. namun itu bukan beerti mereka menjalani hidup ini dengan muram, bungkam dan berputus asa.. Sebaliknya, tangisan mereka itulah obor yang menyalakan semangat untuk berbakti kepada ALLAH dan berkhidmat untuk manusia... Air mata itulah yang memadamkan rasa marah, hasad, dan kianat yang berpunca drpd sifat rakus kepada dunia...

Dengan menangis di dunia, org mukmin akan ketawa di akhirat.. Di sanalah tempat hati dan jasad berehat.. Di destinasi terakhir itu.. tidak akan ada lagi tangisan.. Semuanya ketawa ria.. Dan itulah ketawa terbaik!! 

Kata bijak pandai..
" One who laugh last, laugh the best...."

Dunia tempat berduka.., akhirat tempat bersuka..
Berduka kerana rindukan Allah... Bersuka kerana nanti dapat bertemu dengan Allah

Air mata iman akan menyuburkan kehidupan dunia yg penuh dengan ujian... Merawat kecewa.. Membasuh luka.. Penghilang letih.. dan Penghindar pedih dalam perjuangan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang sejati...

Itulah tangisan iman... tangisan yang membawa aman... Carilah air mata itu.. Carilah hati yang mampu menangis.. Jika tidak.., menangislah kerana diri sudah tidak mampu menangis...."


No comments:

Post a Comment